~PEMBERITAHUAN~

Kami Sedang Mengemaskini Blog Ini Dengan Infomarsi - Infomarsi Terkini Untuk Memudahkan Pihak Anda Membuat Rujukan Dan Berurusniaga Dengan Kami...

Harap Maklum.


Kini Website rasmi kami hampir bersedia untuk beraksi, lawati www.azunacreative.my untuk maklumat lanjut


Wednesday, February 13, 2013

Terma Dan Syarat

1. Setiap tempahan yang dibuat mestilah disertakan dengan pembayaran deposit sebanyak 50% daripada harga keseluruhan tempahan.

2. Pembayaran deposit hendaklah dibuat dalam tempoh 48 jam dari masa tempahan dihantar. Sekiranya pembayaran deposit tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak kami akan menganggap yang anda tidak berminat dan akan membatalkan tempahan anda tanpa sebarang pengeluaran notis.

3. Pelanggan tidak dibenarkan membuat pembatalkan atau menangguhkan bagi setiap tempahan yang disahkan dengan deposit.

4. Pihak Azuna Creative tidak akan mengembalikan semula deposit bagi setiap pembatalan tempahan yang dibuat oleh pelanggan.

5. Deposit akan dikembalikan semulah kepada pelanggan sekiranya pembatalan itu dibuat oleh pihak Azuna Creative sendiri atas sebab-sebab tertentu.

6. Pengesahan tempahan (bayaran deposit & penyerahan borang) untuk custom design sepenuhnya perlu dibuat 2 bulan sebelum tarikh kutipan/serahan.

7. Bagi pengesahan tempahan (bayaran deposit & penyerahan borang) yang dibuat kurang daripada 2 bulan sebelum tarikh kutipan/serahan, pelanggan hanya boleh memilih artwork daripada rekaan-rekaan yang sedia ada. Tetapi masih boleh untuk membuat perubahan-perubahan berikut:
a. Format kad
b. Susun atur layout
c. Warna tema

8. Sekiranya pengesahan tempahan (bayaran deposit & penyerahan borang) dibuat kurang daripada sebulan daripada tarikh kutipan/serahan, pelanggan hanya boleh memilih artwork daripada rekaan-rekaan yang sedia ada. Tetapi masih boleh untuk membuat perubahan-perubahan berikut:
a. Format kad
b. Warna tema

9. Pengesahan tempahan yang dibuat kurang 2 minggu daripada tarikh kutipan/serahan dianggap sebagai rush order dan pelanggan hanya boleh membuat pertukaran warna tema sahaja dan akan dikenakan caj tambahan.

10. Pelanggan perlu menyerahkan borang maklumat yang lengkap di isi berserta peta lengkap & sebarang sample/senarai sebagai panduan sebelum kami memulakan fasa rekaan. Artwork pertama berdasarkan maklumat-maklumat ini tidak dikenakan sebarang caj.

11. Sebarang perubahan berikut hanya dibenarkan dilakukan sebanyak 3 kali selepas artwork pertama siap dan dihantar kepada pelanggan:
a. Format kad
b. Susun atur layout
c. Warna tema
d. Peta.

12. Caj levi sebanyak RM50 untuk setiap artwork baru akan dikenakan jika perubahan yang diminta melebihi jumlah maksima atau pelanggan ingin menukar rekaan keseluruhan kad kepada yang baru.

13. Sekiranya pelanggan membekalkan sebarang imej/clipart/pattern sendiri, pihak kami akan membuat tapisan terlebih dahulu untuk mengelakkan timbulnya sebarang isu copyright.

14. Pelanggan boleh memberi seberapa banyak contoh-contoh kad sebagai panduan untuk proses rekaan, tetapi Azuna Creative akan memasukkan interpretasi Azuna creative ke dalam semua rekaannya dan hanya menggunakan elemen/ imej/clipart/pattern yang ada dalam sumber Azuna Creative sahaja.

15. Pihak Azuna Creative mempunyai hak untuk menentukan sebarang rekaan & produk cetakan mengikut standard/prinsip rekaan yang telah di tetapkan oleh syarikat.

16. Pihak Azuna Creative tidak dapat menjanjikan warna hasil cetakan yang 100% sama dengan artwork yang telah dipersetujui kerana ia melibatkan dua penyelarasan warna iaitu pada skrin monitor komputer dan mesin cetak.

17. Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberi adalah lengkap, betul ejaan & struktur ayat serta tatabahasanya. Azuna Creative akan membuat edit secara copy & paste tanpa sebarang proof-reading kecuali yang dapat dikesan secara kebetulan.

Sunday, February 3, 2013

T-Shirt Printing Service-DON'T WALK, RUN! T-shirt

T-Shirt  DON'T WALK, RUN! yang di tempah oleh saudari Yani







Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan percetakan kami