~PEMBERITAHUAN~

Kami Sedang Mengemaskini Blog Ini Dengan Infomarsi - Infomarsi Terkini Untuk Memudahkan Pihak Anda Membuat Rujukan Dan Berurusniaga Dengan Kami...

Harap Maklum.


Kini Website rasmi kami hampir bersedia untuk beraksi, lawati www.azunacreative.my untuk maklumat lanjut


Saturday, October 5, 2013

Mari belajar cara merekabentuk bunting perkahwinan

Assalammualaikum....
Kali ini saya berkongsi dengan anda cara membuat rekabentuk (design) bunting untuk majlis perkahwinan. Perkara pertama sekali yang kita kena tentukan sebelum membuat sesuatu rekabentuk ialah:

1-Konsep/Tema
  • Konsep/tema merupakan perkara yang paling penting sekali kerana dia merupakan asas kepada rekabentuk kita nanti, bagaimana rupa bunting kita bila siap nanti ianya bergantung pada konsep yang kita telah kita tentukan ini. Ada pelbagai cara untuk kita tentukan konsep ianya bergantung kepada imajinasi kita sendiri, ada juga sesetengah designer yang membuat lakaran kasar diatas kertas terlebih dahulu, tapi saya lebih suka membayangkan konsep dan juga rekabentuk asas sesuatu design didalam minda saya sahaja, ianya bergantung kepada diri kita sendiri, pilihlah cara yang anda paling selesa untuk bekerja.
2-Material.
  • Selepas kita tentukan konsep/tema rekabentu kita ini, kita kena tentukan pula material seperti gambar, warna, corak dan ayat yang kita nak gunakan untuk bunting kita nanti.
ok itu adalah dua perkara yang penting bagi saya sebelum kita kita pergi ke langkah seterusnya.

kali ini saya akan membuat tutorial merekabentuk bunting perkahwinan:
-Bunting saya ini berkonsepkan simple design.
-Material yang saya akan gunakan ialah gambar cartoon ada corak2 sikit dan mengunakan warna yang lembut2 sikit.
-Material anda boleh memilih sama ada membuatnya  sendiri atau nak mudah mintak jer mr.google carikan.... hehehe :)

ok, langkah pertama.
-buka applikasi untuk merekabentuk atau editing seperti adobe illustrator, photoshop, corelDRAW atau apa jer applikasi yang anda tahu, saya guna adobe photoshop jer..


-Tentukan saiz bunting
-Line Merah: Blend Area
-Line Biru: Actual Saiz (merupakan saiz sebenar bunting iaitu 2x5 kaki persegi)
-kotak Kuning: Save Area (setiap ayat atau perkataan mesti berada didalan kawasan kuning ini)

-Masukan warna untuk latarbelakang


-Masukkan vector bentuk corak
-Letakan disebelah kiri dan kanan bunting


-klik pada layer 2 untuk aktifkan layer
-klik pada rectangle tool dan letakan pada tengah2 bunting

-kemudian masukan warna pada rectangle yang telah kita buat tadi.

-Masukan vector yang berbentuk seakan2 hati dan vector cartoon
-Lakukan sedikit berubahan pada vector cartoon perempuan supaya dia kelihatan seakan2 gadis melayu terakhir hehehe.. :)

-Tada...inilah dia rupa gadis melayu terakhir kita..:)
-Kemudian susun bunting supaya nampak kemas dan masukan tulisan atau ayat

- Siap....


-inilah rupa bunting yang telah siap, mudah jer kan.....

P/s: Kami juga ada menawarkan khidmat mereka bentuk dan mencetak banner/bunting hanya RM2.00 Sekaki.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami ditalian: 012-9574238 atau email: a.creative@ymail.com.